Bismillah
Sedang skrol di fb, tetiba terlihat status yang di bawah. Sangat berilmiah untuk dikongsi bersama. Saya copy and paste terus tanpa edit satu pun. Credit kepada empunya post. Semoga bermanafaat bersama. Amin


JOURNAL 365 ( 2018 )

Untuk Usahawan baru , ini adalah homework setiap hari sepanjang tahun 2018. Untuk pembaca yang lain juga boleh follow.

Dalam tempoh beberapa jam lagi, satu dunia bakal menyambut tahun baru. Ini adalah peluang untuk kita mulakan perjalanan yang baru.

Senang nak tahu pencapaian kita satu tahun. Ceo panggil diari kejayaan. Ini salah satu rahsia Usahawan yang hebat & berjaya. Mereka lakukan perkara ini. Ya, mereka tulis diari.

Hampir 100 % dari mereka menulis aktiviti harian. Hampir 100 % Usahawan biasa-biasa tidak menulis diari kejayaan.

Mazhab bisnes dari rumah berbeza. Kita mesti ikut Usahawan yang berjaya ini. Sebagai persiapan kita mesti beli diari atau ada terima hadiah diari.

Berikut beberapa panduan bagaimana kita nak isi diari. Simple tapi stylo. Ini contoh untuk  Group Bisnes Dari Rumah.

+ Isi semua maklumat diri di ruangan hadapan.

+  Tulis niat bisnes dengan jelas :
   
 'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Pelanggan Melalui Manfaat Produk Atau Servis Yang Aku Tawarkan Kerana ALLAH Taala'.

+ Baca niat tersebut setiap pagi.

+ Tulis matlamat bisnes dengan jelas.

+ Tulis matlamat jualan 2018. Sebagai newbie bisnes dari rumah. Tetapkan sahaja jumlah yang tidak berapa besar. Contoh :

'Aku mesti mendapatkan angka jualan sebanyak rm180,000 sebelum 31 Disember 2018.

☆Oleh itu aku mesti menjual sebanyak Rm15,000Sebulan.

☆Oleh itu aku mesti menjual sebanyak Rm500 sehari.

☆Oleh itu aku mesti menjadi Pakar dalam bidang aku ini.

☆Oleh itu aku mesti membaca sebuah buku seminggu.

☆Oleh itu aku mesti hadir seminar bisnes minima 6 kali setahun .

☆Oleh itu aku mesti ada minima 5 mentor untuk belajar.

Sebagai balasan, aku mesti bahagiakan orang sekeliling.

Aku mesti membayar zakat.

Semoga ALLAH Taala makbulkan matlamat aku ini. Aamin'.

+ Tulis angka duit jualan yang dapat setiap hari.

+ Tulis angka duit yang keluar setiap hari.

+  Tulis keuntungan bisnes.

+ Tulis kebaikan yang di buat. Contoh : Beri sumbangan kepada Emak. Bagi kucing makan. Beri derma tabung masjid.

+ Tulis kurangkan keburukan atau tinggalkan keburukan. Contoh : Kurang merokok. Tidak marah. Bantu pasangan.

Cabaran menulis diari satu bentuk homework yang sangat berkesan. Kita boleh tahu hasil jualan. Kita boleh tahu keuntungan bersih.

Angka yang di tulis ini bercakap.Kita mesti belanja kurang dari yang di perolehi. Boleh mencipta rekod & berusaha memecahkannya.

Pastikan tahun baru ini sebagai lebih hebat dari sebelum. 2018 tahun cetak duit.

Gunakan segala ilmu yang di sedut sepanjang 2017 ini berbentuk tindakan. Usahawan yang berjaya suka buat apa yang biasa-biasa tidak suka lakukan.

Siapa Usahawan yang berjaya tersebut?  Penulis & pembaca status ini lah. Betul betul?

In Shaa ALLAH. Aamin. #He2kopisatu!

Ceo Samad Kinto
Chief Pion Pak Cik Power
www.SamadKinto.com
#PakCikPowerKapsul
#123Corner
#KgSgPenchala

2 comments: