Ulasan : Tombiruo-Penunggu Rimba


Kami 1U6N ke Aeon AU2 untuk menonton filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

Saya fikirkan masa tayangan 8.30pm, di tiket tertera 8.10pm, kami tak perasan. Masih bersambil lewa mencari makanan di Aeon. Hasilnya, kami hilang peluang menonton permulaan cerita.

Masuk ke cinema, tempat duduk kami belakang sekali. Best. Mudah kami tidak berapa mengganggu orang lain. Almaklumlah, bergerak bersama 5 anak yang kecil comel ni, agak payah hendak dikawal keterujaan mereka. Sesekali dapat menonton wayang bersama ibu dan ayah.

Lanjutan ke filem. Kami bermula dengan scene M Nasir sebagai Tan Sri Berham bersama Faye Khusairi sebagai Salina  (anak bongsu TanSri Berham dan isteri kepada Amiruddin) di dalam kereta, mereka di dalam perjalanan melawat kilang balak  Syarikat Anak Bumi.

Sepanjang tayangan, anak-anak kami kekal di kerusi, tidak kebiasaan mereka silih berganti hendak ke tandas. Teruja mereka menonton Tombiruo. Kudos to the team, kerana berjaya memaut perhatian anak-anak kami sepanjang 1 jam 55 min masa tayangan.

Secara peribadinya saya meletak harapan yang sangat tinggi ke atas filem ini kerana selaku pengumpul tegar koleksi novel Ramlee Awang Murshid, ada sentimental elemen di situ. 

Siri Tombiruo satu-satunya novel yang saya hadiahkan kepada suami saya di awal perkahwinan kami. Dia tak minat membaca. Siri novel Tombiruo dia baca sekali kemudian disimpan buat pekasam.

Filem ini pada saya berjaya. Cuma teknik slow motion yang terlalu kerap digunakan dalam setiap scene pertarungan tidak perlu, menghilangkan elemen suprise. Kecantikan setiap seni pertarungan dilindungi oleh special effect. Sesekali teknik itu digunakan, oklah. Pabila terlalu kerap, elemen suprise hilang. Thril dah kurang.

Saya menonton dengan memori yang kosong tentang jalan cerita novel ini. Saya dah lupa. Tapi saya dapat agak dalang atau antagonis filem ini awal-awal lagi. Jika disuntik elemen suprise di akhir cerita tentang siapa antagonis, lagi best.

Tombiruo atau Ejim digambarkan manusia berwajah tak serupa manusia. Jikalah produksi dapat memperlihatkan imaginasi mereka, tunjukkan wajah tombiruo melalui kacamata Amiruddin, filem ini akan terasa lagi power. Tapi mereka melepaskan elemen ini kepada penonton untuk berimaginasi.

Aksi pertarungan bagus. Tetapi entah mengapa kekuatan Tombiruo tidak sampai kepada saya. Saya mengharapkan lebih lagi daripada Zul Ariffin yang bertanggungjawab membawa watak Ejim. Saya mungkin bias kerana saya bukan peminat Zul Ariffin 😅.

Mungkin kenyataan saya ini minoriti, pada saya produksi boleh sahaja meletakkan sesiapa stuntman sebagai watak Ejim kerana daripada awal hingga akhir cerita, wajah Ejim ditutupi topeng. Ramai stuntman berbakat di Malaysia ini. Kan!!

Rating: 6/10


Spoiler: Laksamana Sunan bakal tiba...

No comments:

Post a Comment