Ulasan : Tombiruo-Penunggu Rimba


Kami 1U6N ke Aeon AU2 untuk menonton filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

Saya fikirkan masa tayangan 8.30pm, di tiket tertera 8.10pm, kami tak perasan. Masih bersambil lewa mencari makanan di Aeon. Hasilnya, kami hilang peluang menonton permulaan cerita.

Masuk ke cinema, tempat duduk kami belakang sekali. Best. Mudah kami tidak berapa mengganggu orang lain. Almaklumlah, bergerak bersama 5 anak yang kecil comel ni, agak payah hendak dikawal keterujaan mereka. Sesekali dapat menonton wayang bersama ibu dan ayah.

Lanjutan ke filem. Kami bermula dengan scene M Nasir sebagai Tan Sri Berham bersama Faye Khusairi sebagai Salina  (anak bongsu TanSri Berham dan isteri kepada Amiruddin) di dalam kereta, mereka di dalam perjalanan melawat kilang balak  Syarikat Anak Bumi.

Sepanjang tayangan, anak-anak kami kekal di kerusi, tidak kebiasaan mereka silih berganti hendak ke tandas. Teruja mereka menonton Tombiruo. Kudos to the team, kerana berjaya memaut perhatian anak-anak kami sepanjang 1 jam 55 min masa tayangan.

Secara peribadinya saya meletak harapan yang sangat tinggi ke atas filem ini kerana selaku pengumpul tegar koleksi novel Ramlee Awang Murshid, ada sentimental elemen di situ. 

Siri Tombiruo satu-satunya novel yang saya hadiahkan kepada suami saya di awal perkahwinan kami. Dia tak minat membaca. Siri novel Tombiruo dia baca sekali kemudian disimpan buat pekasam.

Filem ini pada saya berjaya. Cuma teknik slow motion yang terlalu kerap digunakan dalam setiap scene pertarungan tidak perlu, menghilangkan elemen suprise. Kecantikan setiap seni pertarungan dilindungi oleh special effect. Sesekali teknik itu digunakan, oklah. Pabila terlalu kerap, elemen suprise hilang. Thril dah kurang.

Saya menonton dengan memori yang kosong tentang jalan cerita novel ini. Saya dah lupa. Tapi saya dapat agak dalang atau antagonis filem ini awal-awal lagi. Jika disuntik elemen suprise di akhir cerita tentang siapa antagonis, lagi best.

Tombiruo atau Ejim digambarkan manusia berwajah tak serupa manusia. Jikalah produksi dapat memperlihatkan imaginasi mereka, tunjukkan wajah tombiruo melalui kacamata Amiruddin, filem ini akan terasa lagi power. Tapi mereka melepaskan elemen ini kepada penonton untuk berimaginasi.

Aksi pertarungan bagus. Tetapi entah mengapa kekuatan Tombiruo tidak sampai kepada saya. Saya mengharapkan lebih lagi daripada Zul Ariffin yang bertanggungjawab membawa watak Ejim. Saya mungkin bias kerana saya bukan peminat Zul Ariffin 😅.

Mungkin kenyataan saya ini minoriti, pada saya produksi boleh sahaja meletakkan sesiapa stuntman sebagai watak Ejim kerana daripada awal hingga akhir cerita, wajah Ejim ditutupi topeng. Ramai stuntman berbakat di Malaysia ini. Kan!!

Rating: 6/10


Spoiler: Laksamana Sunan bakal tiba...

Being smart

Hati seorang ibu  inginkan anak-anak yang berjaya dunia akhirat. Too general,  yes I know. Seorang ibu, ada keinginan yang bukan kecil untuk melihat mereka berilmu, praktikkan ilmu mereka ke jalan yang diredhai Allah. Jadinya, hati ini kecewa pabila mereka seolah mempersendakan ilmu yang ditimba.

Kemudian saya terbaca artikel ini yang membuka hati dan minda saya. saya kongsikan. Semoga kita bermanafaat bersama-sama.

*******************************************

Semua Mak Ayah Wajib Tahu 8 Jenis Kepandaian Terpendam Anak Sendiri

Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus kita anggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup.

Jangan sekali kali fikir camtu! Silap sangat tu!

Mungkin anak kita tu genius cuma kita je takde ilmu nak kenalpasti jenis kecerdasan anak kita tu. Jadi harini saya Taufiq Razif nak kongsi ilmu nak kenalpasti 8 jenis kecerdasan dan kepandaian dalam diri anak kita.

1. Number Smart
Sangat suka dengan fakta, logik dan nombor. Keluarkan bakat terpendam yang ni dengan selalu latih anak main sudoku, monopoli, chess dan applikasi smartphone yang mencabar kepantasan mengira.

2. Word Smart
Sangat suka menulis, membaca dan bercakap. Asah je kecerdasan ni dengan ajak anak bercerita pengalaman-pengalaman dia di sekolah dan juga suruh anak kita tu reka cerita bedtime story untuk adik beradiknya.

3. Nature Smart
Suka sangat dengan alam, tumbuh tumbuhan dan juga binatang. Apakata jadikan koridor ataupun tanah terbiar belakang rumah tu untuk dijadikan kebun dan taman kecil untuk si comel kita tu kembangkan bakat terpendamnya.

4. Self Smart
Mempunyai self confidence yang tinggi, suka bermain sendiri dan tahu dengan jelas matlamat dan cita citanya bila dah besar nanti. Simple je, mak ayah cuma perlu bimbing anak tu untuk pilih cita-cita yang tepat untuk dirinya.

5. People Smart
Ada daya empati yang sangat tinggi, mempunyai skill komunikasi yang sangat bagus dan biasanya sangat disukai oleh orang yang lebih dewasa. Kembangkan bakat terpendam ni dengan selalu suruh anak kita tu join persatuan dan juga organisasi.

6. Music Smart
Sangat sukakan lagu, suka menghafal lirik dan melodi lagu dan juga kadangkala mampu bermain alat muzik dalam usia yang sangat muda.

7. Picture Smart
Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi. Suka conteng sana sini tapi hasil contengannya lebih berseni dan lebih menarik dibandingkan teman sebaya. Kembangkan bakat terpendam anak kita tu dengan sediakan kelas art&design untuknya dan juga platform untuk anak kita berkarya.

8. Body Smart
Sangat suka bersukan, menari dan biasanya mempunyai kebolehan menggunakan tangan dan kakinya dengan sangat baik. Keluarkan je bakat terpendam anak kita ni dengan selalu ajak anak kita bersukan dan juga bersenam.  Mana la tahu penyambung legasi Ronaldo dan Messi sebenarnya ada kat dalam rumah kita!

" Wahai ayahku..wahai ibuku..Kami bukan bodoh tapi kami mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza "

p/s : Sebab tu jangan sekali kali putus asa dengan pencapaian anak kita. Peperiksaan tu penting tapi tu bukan penentu hidup dan mati anak kita. Jom kita ajar pasangan kita ilmu ni dan sama-sama kembangkan dan keluarkan bakat terpendam anak-anak kita semua!

Budget Vs Actual

Saya ke Mydin dgn 4Ns. N1 taknak ikut. Plan asal hanya nak belikan serkup tudung sekolah yg berharga RM9.50/5 helai. Sepatutnya masa yg diambil paling lama 1/2 jam. Sepatutnya.... !!!

Masuk Mydin pukul 10.30am , keluar dari Mydin pukul 1pm. Dengan trolley penuh berisikan alat tulis, lampin, minyak masak, sabun, tepung, susu bla bla bla. Resit tertera RMXXX 😣... terasanya kenaikan harga 😥.

Budget vs actual = too big but it's true 😂😂😂. When a mom went shopping with kids, need to be prepared for extra demand plus little tantrum & out of the blue promotions 🤑 😜.

Bagaimana berbelanja sekadar yg perlu? Saya amalkan kejar promosi yg ditawarkan. Tu sebabnya perbezaan ketara pada resit 😏. Barangan keperluan harian semua tu 😇.

Balik rumah kaki pinggang sakit gara2 mendukung N5. Jom #medicspa jom. Lepas tu detox dengan #aloeveragel.

#chetanature #chetaforeverliving

Notakaki: Bagaimana tahun 2018 nanti? Dengarnya ekonomi akan semakin meleset, bermakna kenaikan harga barang 🤔🤓. Wallahualam...

CheTa Nature's Medicspa at Karnival Mega Sg Buloh

Live demostration for Medicspa Hydrotherapy at Karnival Mega Sg Buloh 2016. My first time ever joined the sharing session. Such empowering experience and i gained much more.

Special thanks to Tn Hj Lufti, Pn Faridah, Pn Suraya, En Hairum and also to those seniors that came supporting us. Also to my family and kekawan :). Be among them give me postive vibes to strive for better.

It's a special feeling seeing Che Ta Nature's Medicspa on flyers given to public.

We want to be.......

Bismillah

N1: kakak nak jadi artist
N2: abang nak jadi scientist
N3: saya nak jadi doktor
N4: dean nak jadi bomba
N5: e..e..e.. (she's only 10 months old)

Anggaplah semua akan teruskan usaha ibu ayah dalam biz :D

#it'sbeenalongtimemeblogging
#Ihavefivekidsalready
#Ibecomewahm
#stillstayingwithmymom

Salam Maulidur Rasul 1435H dan Happy 10th Year Hijri Anniversary

Aku tidak setabah Siti Khadijah, tidak semanja Aisya', tidak sebaik Fatimah, tidak secantik Siti Zulaikha, tidak sesabar Siti Hajar. Keperibadianku dan keterampilanku tidak akan mencapai taraf mereka. Kekurangan dan kekhilafanku lebih dalam daripada segala lautan didunia.

Dikau jua tidak semulia Rasulullah SAW, tidak setabah Nabi Ayub, tidak sekacak Nabi Yusuf, tidak secekal Nabi Ibrahim, tidak sekaya Nabi Sulaiman, suaramu tidak semerdu Nabi Daud. Ketidaksempurnaanmu menjauhi sayup langit-langit biru.
Namun kita menerima seadanya. Saling melengkapi sesama kita dengan keizinan dari Yang Esa. Kerana ku percaya kita diciptakan untuk bersama, mengharungi kehidupan didunia bersama, ku berharap kehidupan di akhirat jua bersama. Teruskanlah perjuangan kita menjadi hambaNya yang lebih baik, In sha Allah.

Dirimu tau apa tersimpan di sanubariku, Happy 10th Year Anniversary Abang