Tak baca doa cermin?!

Pagi ini
Sedang aku kelam kabut bersiap menempek bedak arab ke mukaku, tetiba kedengaran suara halus kakak

Nureen: Ibu, Ibu tak baca doa ngadap cermin?
Ibu: Opss alahai kakak, Ibu lupa la, sib baik kakak ingatkan, thanks sayang.

Hakikatnya, aku sendiri jarang mengamalkan doa itu walaupun aku pernah membacanya. Termalu bila si kecil menegur.... Alhamdulillah, even tak banyak, sedikit perkara menjadi amalan Kakak, sejak dia masuk sekolah ni.

Walaupun peringatan disampaikan oleh si kecil, perkara baik, bagus untuk kita semua, terimalah dengan keinsafan. Jangan terlalu ego menganggap diri dulu makan garam, kerana tiada yang sempurna melainkan Allah. Aku berusaha menerapkan nilai2 merendah diri dalam sanubari anak-anakku. Semoga anak-anakku sentiasa diberkati Allah dan berpekerti yang baik. In sha Allah

Semoga kakak menjadi Muslimah sejati, In sha Allah muahss
Ok..nampaknya aku kena upgrade processor aku ni, dah short circuit sana sini, banyak dah ilmu2 terbiar tak diamalkan, terus lupa..ayoyoyo...usia tak makin muda..huwaaaaaaaaaaa

2 comments:

  1. haa..ibu jangan lupa tau baca doa lihat wajah dicermin :"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku."

    ReplyDelete