Mini Library...will the dream comes true?


Huhu..agak lama gak aku tak pot pet kat sini. Mode kemalehan plus kebizian melanda. Suka suki aku je buat words haha. Menangis DBP ada citizen cam aku ni. Tetiba pagi ni rasa cam nak menaip so aku curi sikit masa opis aku...jujurnya aku bendul haha..oklah, entry ni dah lama aku perap. tetiba rasa nak tekan publish lak...banyak sebenarnya aku perap stori mori aku, taip2 separuh perap je...waiting for the right mood to continue....let story about dreams....of so many dreams I have, this, one of them


Angan-angan aku? Aku nak meriahkan semula mini library aku. Aku pernah ada mini library yg tersusun bermacam2 novel samada novel bahasa melayu atau bahasa inggeris. Seawal aku boleh mengeja dan membaca dengan lancar..seingat aku di darjah dua, aku telah berusaha mengumpul buku cerita aku sendiri. Setiap hari aku akan menabung duit belanja sekolah yang Ayah berikan. Apabila Mak pergi membeli barangan dapur di Pasaraya Bintang, aku akan mengekor. Ada muslihatnya..hehe... Secara senyap-senyap aku akan membeli buku cerita siri Nancy Drew, Hardy Boys, Lima Sekawan...Seingat aku harga ketika itu dalam 90 sen - RM1.20 senafkah.

Kenapa aku kena membeli sendiri buku-buku cerita sedangkan Ayah dan Mak lebih daripada mampu untuk membelikan aku semua buku yang aku inginkan. Sejujurnya, aku tak pandai meminta dan pada masa itu, Mak tak begitu menggalakkan aku membaca buku cerita. Penekanan lebih diberikan kepada buku-buku ilmiah..sedangkan aku lebih ke arah buku cerita..mungkin kerana aku suka berangan..haha....

Apabila menginjak remaja, minat aku semakin dalam. Aku mula beralih kepada novel-novel cinta samada bahasa melayu atau english. Kononnya jiwa yang lembut..hehe... Ayah dan Mak juga mula berlembut dan cuba memahami minat aku ke arah novel. Mereka pernah menghadiahkan aku buku cerita dan buku motivasi. Masih ku simpan sehingga kini. Menyedari hobi aku mengumpulkan buku-buku cerita, Ayah memberikan aku sebuah cabinet terpakai yang diambil daripada pejabatnya. Katanya daripada terbiar terbuang, baik diberikan kepada aku untuk dilonggokkan buku-buku aku..Sayang Ayah! Di situlah bermulanya mini library aku.

bukan yang ni...tapi best kan ada mini library bergerak camni...tukar bawah tu dengan roda je..hehe

Aku tatang mini library aku tu bagaikan minyak yang tak penuh-penuh. Iyalah... dok keluarkan duit beli buku-buku dan susun kat situ sampai overload, sampai Mak bising lah..hehe..

Tetiba rumah kami diserang anai-anai...oooooo tidak. Meroyan aku waktu tu. Banyak buku-buku rosak. Aku pula terpaksa mengorbankan mini library aku kerana,  ianya dibuat daripada kayu, makanan rugi si anai-anai. Sedih aku. Aku mula hilang semangat untuk meneruskan hobi aku ni. Tambahan dengan kekangan masa dan komitmen ke arah yang lebih penting. Banyak buku-buku aku sedekah atau hadiahkan. Mungkin bila dengan rumah baru mereka lebih terjaga, cewah cam lovery dovey lak.

Tapi kini, aku bersemangat kembali...hahaha.... Lihat dan tunggu sajalah.

No comments:

Post a Comment