IT day 1

Hari2 aku tanpa abang di sisi..kuang kuang kuang...
Last Friday, Hubby balik kampung sorang2 sebab personal. Aik, aku ni tak termasuk personal dia ke? Pokoknya dia balik kampung, kami dok rumah..haha..rumah la sangat. Jumaat petang masa aku kat opis, Mak dah call

Mak: Moh malam ni bawak Mak pergi beli kasut sukan kat Sg Buloh, kedai kawan Arul. Mak nak pakai esok

Aku: Errr..kat mana tu Mak?!!!

Aisey Mak, Jumaat malam tu, laluan ke Sg Buloh..hish hish hish. tapi Mak punya pasal, redah jela. Dia nak pakai kasut tu untuk sessi perjumpaan kawan2 sekolah lama dia hari minggu tu. Perjumpaan sempena 50 tahun TKC 1963, batch depa la. Jubli emas tu. Siap ada sessi jalan2 kaki kat KLCC park.  Malam Sabtu tu ada dinner, Mak awal2 dah tanya aku baju mana yang ok, tema gold. Aku pilih jubah hitam ada diamond2 lip lap, dia dok tala yang jubah bunga2 gold kat aku, haish Mak o Mak, yang tu Mak nak pergi kelas agama moleklah. Ni nak pergi dinner, kawan2 Mak bukan calang2 orang kan. Geng2 TKC otai2 tu. Dia segan nak pakai sebab lip lap. Lepas kena paksa barulah baju tu berlipat cantik masuk bag. Amboih Mak, orang dah tengokla gambar2 Mak oldies dulu2...bukan main lagi..haha... nostalgia.


Aku sampai rumah pun dah nak masuk Isya'. Lepas Isya' Mak dah menyanyi ajak keluar. Ikut jelah sebab aku siap2 dah bagi syarat; "Mak, orang tak laratla, orang kena selsema, Mak ek drive, kita naik rav4."


Hehe..ngadanya aku ni. Mak tu dah la kategori  senior citizen, ada ke patut aku yg muda (mudalah sangat) ni biarkan Mak yang pandu kereta. Tapi aku memang dah tak larat sangat, tambahan dengan selsema yang bila nak mai bersin tu sampai bersepah keluar segalanya..hish hish hish Ya Rabbi, Alhamdulillah terkeluar semua sakit aku hoho. Sampai2 rumah, suara soprano aku dah keluar suruh anak2 pergi tukar baju pakai baju tidur cun2. Siap cepat! Kita nak pergi bawak Opah beli kasut sukan.


Aku bawak Mak or Mak bawak kami makan kat  Tree Steak House, Sg Buloh. Lokasi kedai tepi jalan je. Ramainya orang. Aku dan askar2 kenitku beratur masuk kedai. Baru setapak kakiku masuk kedai sambil terkial2 sorong stroller Addean, yang lain dah maju ke depan pergi tengok kura2 dalam kolam. Aku order seafood platter and nasi goreng manakala Mak dengan chicken cop dia. Air lak, aku macam biasa teh tarik aku la, Nisaa barley suam, Nureen dan Azeeb kongsi milo ais. Mak lak barley ais (Mak o Mak, udah2 la tu minum ais..tapi aku takleh cakap depan dia, merajuk kang, jenuh nak pujuk. aku dahlah tak berapa pandai pujuk2 ni).


Masa makan, tu la orang selalu kata, bukan mudah jadi ibu bapa ni. Lagi tak mudah bila berhadapan dengan karenah anak2 yang begitu teruja tengok kura2 berenang dalam kolam sampai panggil makan pun depa buat dek je. Seafood platter ni kakak, abang, Nisaa oi. Orang sekeliling tengok aku sambil senyum2 dah. Adeh, ni yang aku maleh ni, anak2 dengan peel depa, aku lak depan orang ramai takkan nak keluarkan suara soprano aku ni. Yang Mak lak, kejap2 Ita tengok Nisaa tu, Ita tengok Azeeb tu, Ita, tegur Nureen tu... Huhu. Wahai Mak, niatmu baik tapi anakmu ini dah tak larat nak cakap, tengok2 orangkan kena selsema hohoho...Agaknya kan kecik2 dulu aku pun cam depa ni kot, kura2 je pun, tapi excitednya depa, macam nampak dinosaur. Malam tu dinner, nasi goreng dihabiskan oleh Nisaa, Azeeb makan sikit, aku jamah sikit, seafood platter Nureen balun semua prawn and octopus dia  tu..haha..kegemaran dia. tapi ada baki, aku minta tapau je. Keseluruhan, aku bayar RM52.90. Okla kot... ntah aku tak tau sangat harga2 seafood platter ni mencecah RM29 tapi harga nasi goreng RM5.50 dan chicken chop dia RM9.90, pada aku berpatutan la, mampu bayar. Sedap pun sedap, kalau tidak masakan Nisaa dok nganga je aku suapkan. Lepas tu dok lari pergi tengok kura2 dengan kakak dan abang dia. Haish korang, bila makan kena duduk, ikut sunnah, ada faham!!! Yang Addean lak nak join tengok kura2, ibu dia dah melepek tak larat, jadinya kenala berpuas hati dengan french fries di jari je..hehe.


Kemudian masa untuk membeli kasut sukan Mak, sebab utama pun kenapa kami meredah traffic di Jumaat malam, hujan lak tu. Kuala Lumpur, asal hujan je, jammed. Asal jammed je, hujan. Tengah mencari2 kedai kat Bandar Baru Sg Buloh tu, adikku telefon


Dia: Angah pesan kat mak, kawan Arul tak bukak kedai dia hari ni...


Laaaaaaa...nasib baiklah dinner tadi sedap.............

No comments:

Post a Comment