Apa Itu Ikhlas?

🕸 Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan..

🕸Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..

🕸Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan..

🕸Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit..

🕸Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan..

🕸Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka..

🕸Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka..

🕸Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..

🕸Ikhlas itu ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..

🕸Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..

🕸Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..

🌹🌹Ye... Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..

Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan, iaitu keikhlasan...

🕸🌹🕸🌹🕸🌹🕸🌹🕸

No comments:

Post a Comment