Aku tidak setabah Siti Khadijah, tidak semanja Aisya', tidak
sebaik Fatimah, tidak secantik Siti Zulaikha, tidak sesabar Siti Hajar.
Keperibadianku dan keterampilanku tidak akan mencapai taraf mereka. Kekurangan
dan kekhilafanku lebih dalam daripada segala lautan didunia.
Dikau jua tidak semulia Rasulullah SAW, tidak setabah Nabi Ayub,
tidak sekacak Nabi Yusuf, tidak secekal Nabi Ibrahim, tidak sekaya Nabi
Sulaiman, suaramu tidak semerdu Nabi Daud. Ketidaksempurnaanmu menjauhi sayup
langit-langit biru.
Namun kita menerima seadanya. Saling melengkapi sesama kita dengan
keizinan dari Yang Esa. Kerana ku percaya kita diciptakan untuk bersama,
mengharungi kehidupan didunia bersama, ku berharap kehidupan di akhirat jua
bersama. Teruskanlah perjuangan kita menjadi hambaNya yang lebih baik, In sha
Allah.
Dirimu tau apa tersimpan di sanubariku, Happy 10th Year Anniversary Abang
Fantastic!
ReplyDeletehttp://estates.uonbi.ac.ke/