Bersangka baik dengan Allah


Hari ni aku nak bercerita..satu kisah di bulan Ramadan

N dan U bergegas pulang ke rumah utk bertukar shift menjaga anak dgn bonda supaya dia berkesempatan beribadah sulung tarawih di masjid. Apakan daya, kita merancang, Allah yg menentukan. S meragam sedari awal perjalanan U ke ofis N. Masa menginjak ke Maghrib, suasana semakin gelap, U terus memandu tanpa memasang lampu S. Selepas membayar tol di Penchala Link, S dihon berkali2 oleh kereta belakang. Pemandu itu begitu prihatin memberitahu yg lampu S tidak menyala. Semestinya mereka tidak mengetahui yg U sengaja tidak memasang lampu S utk mengelakkan S mati. Tetapi memandangkan hari sudah malam, U terus memasang lampu, tidak sampai 2 minit, S terhenti betul2 di atas fly over junction ke Sg Penchala. Malam itu traffic heavy, hujan lagi.

N telefon bonda utk memaklumkan kelewatan mereka, Diharapkan bonda memahami musibah yang dihadapi oleh mereka berdua, tetapi kata amarah yang terhambur keluar daripada mulut bonda yang begitu kecewa tidak dapat menyertai solat tarawih sulung di masjid kerana perlu menjaga anak2 N dan U. N berusaha menelefon adik2 nya, tetapi panggilan tidak berjawab...N hanya menggengam telefon di tangan sambil terus menantikan panggilan berangkat. Perlahan2 airmatanya gugur, sayu hatinya berada dalam situasi itu. Bukan kehendaknya tersadai di tengah jalan, di malam sulung bulan Ramadan. N memandang U, tiada kata2 yang terungkap di bibirnya. Hanya isyarat mata yang menyampaikan, N mencadangkan untuk menelefon keluarga U  pula tetapi U enggan memandangkan keluarganya berada di luar kawasan. Dalam termangu2 berusaha mencari kawan2 yang tinggal berdekatan, tiba2 N dan U dikejutkan oleh ketibaan pegawai ronda Penchala link. Alhamdulillah..keadaan S diselidiki..

Polis: Nampaknya bateri kong ni...takpe, kita cuba jump start

Namun S gagal dihidupkan, S ditarik ke tepi jalan supaya tidak mengganggu traffic yang sememangnya banyak malam itu. Walaupun pada hakikatnya S berhenti betul2 di bahu jalan, tetapi kebiasaan rakyat marhabain Malaysia, kehadiran S disitu mengundang perhatian traffic. N dan U ditinggalkan di tepi jalan setelah dinasihatkan untuk pulang menaiki kenderaan awam dan hanya datang kembali keesokkannya untuk membaiki apa yang patut. Setelah difikir2, U turun daripada S dan menolak S sementara N memandu S menuju ke Volkswagen di Kg Sg Penchala.

Keadaan N dan U menarik perhatian Sanjay, yang turut sama memberhentikan keretanya dan menghulurkan bantuan turut sama2 U menolak S untuk diletakkan di kawasan parking yang disediakan di hadapan Volkswagen. Kemudian dia sukarela membawa N dan U untuk pergi membeli bateri S dengan menumpang kereta nya dan bergerak dari satu petrol kiosk ke satu kiosk di TTDI dan Sg Penchala itu. Akhirnya, mereka kembali ke S dan bateri S diganti.  Sanjay berada bersama2 N dan U sepanjang masa bagi memastikan keadaan pulih dan S bergerak seperti biasa. Betapa berterima kasihnya N dan U kepada Sanjay, di saat mereka kebuntuan, Allah menunjukkan jalan dengan menghantar Sanjay untuk membantu. Walaupun terdetik rasa cuak di hati N pada mulanya, tetapi perasaan itu terhakis melihatkan sikap Sanjay yang begitu ikhlas menolong daripada mula sehingga S pulih. 

Sepanjang masa dilanda musibah itu, N tidak putus2 menghantar sms kepada rakannya pejabatnya M bagi memaklumkan keadaan mereka, termasuk kehadiran Sanjay yang tiba di saat mereka cukup memerlukan bantuan. M turut sama memberi kata semangat dan ambil berat terhadap situasi yang dihadapi oleh N dan U.

Sementara itu, Bonda berjaya pergi ke masjid bagi melaksanakan ibadat tarawih sulungnya setelah adik N pulang ke rumah dan sanggup menjaga anak2 N. Alhamdulillah.

Aku belajar banyak perkara dpd kisah di atas. Sentiasa bersabar walau kita sudah merasakan diri kita dlm sabar kerana kita tak tahu apa akan berlaku. Hanya Allah yg tahu. Kita merancang, berusaha, berdoa tapi selalu kita gagal untuk bertawakal yakni menyerahkan sepenuhnya kepada Yang Agung. Perjalanan hidup bukan aturan kita, segala2 kena kembali kepada Yang Esa. 

No comments:

Post a Comment