Karnival Si Jantung Hati: Tabung Doa Ibrahim..and snogurt anyone?!

Awal2 lagi aku dah book Hubby untuk ke Karnival Si Jantung Hati, satu charity event yang dikelolakan oleh golongan ibu2 untuk mendapatkan dana bagi Adik Ibrahim yang menghadapi masalah jantung berlubang dan pneumonia. Event satu hari ni berjalan pada Ahad lalu di UITM Shah Alam. Banyak la aktiviti yang depa jalankan antaranya deco cakes, deco cookies, face painting..banyakla lagi, tengok jela kat screen shot tu hehe.



Apa yang aku nak tekankan kat sini, betapa bagusnya group ibu2 ni, mereka sukarela menjayakan charity event khas untuk Adik Ibrahim. Yang aku dengar, depa berjaya mengumpulkan 5 angka gak hasil daripada event sehari depa ni. Alhamdulillah. Semoga Adik Ibrahim dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. In sha Allah.

Masa mula2 masuk dewan, Hubby dok tanya aku, kita kejap je kan kat sini?..Aku hmm hmm je. Malas nak komen panjang2 sebab tujuan aku ke event tu pun sebab nak anak2 aku join aktiviti2 depa yang kalau ikutkan punyalah susah nak dapat kat tepi2 jalan2 yang biasa kami lalu kan, dah ada yang free. Pada waktu yang sama, aku nakla jumpa mereka2 yang selalu aku klik2 dalam facebook dan blog2 je. Aku pun geng ibu2 ni gak tapi silent reader hehe. Selain sudah semestinya untuk menyokong usaha murni ibu2 ni.


Dan seperti yang aku harapkan, anak2 aku enjoy sampai taknak balik, walaupun masa mula2 masuk dewan malu2 kerbau semuanya. Tapi kejap jela malu kerbau depa terus jadi orang bila nampak bouncy castle = istana lompat2, betul ke aku translate ni..hantam jela. >peace<


Selain daripada aktiviti2 untuk anak2 ni, ada gak sesi untuk ibu bapa mengosongkan kocek depa. Untuk aku, secara jujurnya memang poket aku dah ringan2 trang tang tang, akhir bulan kan, tapi bila tengok barang2 jualan, semakin ringan la kocek aku..haha..tapi takpe, niat untuk menderma kan kan kan........ Wallahualam. Selain itu ada gak sesi lelongan barang2 baru dan terpakai. Aku join sekali je masa depa dok lelong cloth diaper Moly Garden. Saja gatal tangan angkat tak pernah merasa membid ni... hehe.. aku bid masa price RM13, sekali depa sold at RM120 kot ke 150..aku sudah lupa da. Semua hasil jualan, depa salurkan pada Adik Ibrahim..In sha Allah.


Yang anak2 aku lak..tengok jela depa bergembira dengan aktiviti2 yang ibu depa agak2 kemalasan dan kebangkuan nak buat untuk depa ni :P. Depa join deco cup cakes and cookies, art paper, face painting and ofcourse bouncy castle.

Round table meeting hoho
Azeeb: Abang nak buat spiderman
Nisaa: Letak banyak2, boleh makang
Nureen: I want to go to cooking class again
Best  ni..
Mini nursery pun ada
 Nureen cakap, "Ibu, I want to go to cook class again"...okla kakak, nanti ibu tanya makteh ek.kot dia boleh selitkan kakak and abang kat ceruk mana2 dalam kelas memasak dia tu..huhu.

Dia ingat dia tengah join cooking class gamaknya. alahai kakak..sorry ye kakak, ibu kakak ni agak2 kurang seni sikit dan tak berapa bijak nak cari2 kat mana la aktiviti2 budak2 ni yang kosnya dalam kemampuan kami ni hah. Yang aku dok jumpa, Masya Allah harganya...untuk sorang anak okla, tapi if sampai 3 or 4 orang, berpeluh ketiak gak... tapi In sha Allah akan ku usahakan untuk anak2 ku join aktiviti2 camni...Secara jujurnya, aku nak gak anak2 aku join kem2 cuti sekolah yang melambak aku dok baca sana sini tu tapi la kan...kena buat kira2 balik ni. Menabung awal tahun, akhir tahun dah boleh hantar depa pi kem...haha..


Lepas dah ringan kocek, perut dah kenyang dok balun cookies yang anak2 dok deco tu, yang cupcakes anak2 sendiri habiskan tak sempat ibu depa nak merasa -__-, ditambah pula dengan mereka yang dok jual murah2 nasi kerabu, hotdog2, macaroni cheese etc,  kami bergerak ke opis Hubby pulak untuk sessi baring2 untuk aku dan Addean dan lari2 an untuk Nureen, Azeeb dan Nisaa..hehe. Solat Asar da... Solat dulu sebelum disolatkan, kan?!


Lepas maghrib baru kami bergerak balik. Masa nak balik tu Nureen dok menyanyi nak makan Snogurt. Kerap gak kami singgah kat Snogurt yang berdepan dengan ofis Hubby tapi hari ni,


Ayah: Kan baru last week kita makan sama2 kak Aina. Kerap sangat makan yogurt tu, bengkok la ayah dan ibu.

Nureen: Kakak tengok ayah dan ibu tegak je, tak bengkok pun...

Apa nak jawab da....

No comments:

Post a Comment