Malam Tahun Baru dan Telur Rebus Busuk

Apa kaitan tahun baru and telur busuk.. ni aku nak bercerita. Sesiapa pernah makan telur busuk? Aku pernah..huhu..amboih bangga lak, Benda camni pun nak bangga tapi aku nak bercite gak sebab jarang orang kena kan, kot boleh jadi iktibar kemudian hari. Peristiwa berlaku masa aku form 5 di MRSM. Alkisahnya....Cuti Tahun Baru 1995



Aku sedang membaca sebuah novel tetiba..brughhhhh...opss perutku sudah berbunyi. Aku keluar menjenguk bilik Yan.
"Oit, jom temankan aku p DS..lapaq la"
"Takmo aku nak tido"... -__-

Peda member aku sorang ni, ajak makan pun tak mau..bukannya keluar sesen pun, free je..uhuks. Kesian aku lapar tapi takde yg nak temankan aku ke dewan selera, aku patah balik ke bilik aku...ku tinjau2 almariku, kot2 ada khazanah yang boleh aku telan...bulat mataku ternampak sebiji telur rebus, teringat aku last week, aku mengikut opah ngahku ke kenduri kahwin dekat rumahnya sebelum aku pulang ke asrama...rezeki2..bisik hatiku..aku terus bersila depan almari sambil mengopek kulit telur rebus itu. habis dikopek, aku terus melahap sambil mataku meneruskan pembacaanku...
" Aik. apasal semacam je bau telur ni"..Aku telek2, ku belek2, sama je rupanya. Aku terus menghabiskan telur tersebut tanpa menghiraukan apa2 lagi.

Ok, aku sudah telan sebiji telur yang tak ku tau usianya berapa lama dah terperap dalam almari aku. Aku ok je, itu yang aku rasa masa tu. Maghrib itu, di surau tatkala berdiri utk menunaikan solat maghrib, tetiba aku rasa gelap mata dan berpinar2. Usai solat, terus aku keluar hirup udara segar. Aku bergegas ke bilik tanpa menunggu zikir dan takzirah kerana aku terasa nak muntah. Kelam kabut aku ke tandas kerana terasa perutku memulas dan tekakku mual. Atas bawah isi perutku keluar. Berulang kali juga aku ke tandas. Keadaan aku semakin tenat, terus kawan2 rapatku membawa aku kepada warden asrama. Aku dibawa ke hospital oleh Ketua Warden Cikgu Salim sambil ditemani Yan and Ilham. Yang lawaknya, mula2 dia bawa kereta, Astagfirullah, laju lagi kereta kuda kat lake garden tu. Tapi bila aku ter uwek je ( ala2 nak muntah), berdezup terus pecut. Tiba di hospital aku terus dibawa dgn kerusi roda masuk bilik kecemasan (best wei naik kerusi roda hehe..opss aku tengah sakit giler masa tu). Periksa sana sini, kenalah cucuk kat buntut sedas, yang tak bestnya, yang cucuk aku tu nurse lelaki, huwaaaa. Aku kena warded malam tu.

" Ko ok ke malam ni?"
" dah kena cucuk, ok la"
"maksud aku, ko ok ke masuk dok wad ni, sorang2?"
" apalak sorang2, kan ramai ni..ok jela..jgn risau"

Sayang Yan kat aku. aku ditempatkan wad kelas 3. Sepatutnya pelajar duduk kelas 2, tapi wad kelas 2 dah penuh. Aku takde masalah 2 atau 3. Janji ada orang. Jangan wad kelas 1, satu bilik sorang2, tak sanggup aku. Malam itu aku sendirian (drama je walhal punyela ramai pesakit sewad dgn aku..hehe), nurse kasi aku baju untuk ditukar, takkan nak tukar kat situ depan semua orang kot, dah la baju hospital kan seksi sikit, so aku p la ke tandas dia kat hujung benua tu hah. Masuk2, first room ada selonggok pakaian kotor yg bila aku perati betul2..darah, alahai, ketaq lutut aku. aku terus ke bilik sebelah dan basah badan sikit2 and  tukar baju. Masa tu dah tengah malam tak silap aku. Tak ingat tapi malam la or pagi dah kot. Nak keluar daripada tandas kena lalu bilik baju berdarah tu, rasa semacam je, mainan perasaan kot tapi scary and creepy la.

Aku sempat berpesan kat Yan and Ilham, jangan khabarkan keadaan aku pada mak aku, nanti dia risau, aku rasa la..haha. Actually lebih kepada, nanti dia marah aku, bijak sangat p makan telur busuk sapa ajar ntah..hoho..tapi jangan main2 dgn naluri seorg ibu ok, dalam banyak2 hari, malam tahun baru tu la dia nak call aku kat hostel. Confuse aku, tak pernah lagi dia call aku, biasa aku yang call dia. So apa lagi, terbocor la rahsia aku makan telur busuk, kena keracunan makanan, lani ada kat wad Hospital Kangar, mak aku panik la apa lagi. dia terus call Opah Ngah aku kat Kangar minta tolong jenguk2 aku kat hospital..haha...drama sungguh. dan kisah aku dan telur busuk tersebar luas. Luas tu seluas mana, mulanya aku ingatkan di kalangan rakan2 hostel je, sekali satu sekolah da..glamour gile. glamour pasal telur busuk..haru sungguh. Ok, takla glamour sangat sebab orang tak berapa nak kenal aku (ayat saje nak sedapkan hati).

Pagi itu (selepas semalaman aku kat wad, tidur dgn nyenyak macam tido kat hotel), aku dok berdiri kat depan katil aku mengadap pintu masuk wad, excited menunggu waktu melawat sessi pagi. Tup Tup, orang pertama masuk, ketua darjah aku Derih and Gaban..melompat aku masuk bawah selimut sebab baju hospital seksi aku tu dan terus aku capai tudung pastu aku selubung diri aku nampak mata je. Depa lalu katil aku, Gaban yang perasan aku terbaring ayu camtu. Ceh...abis berselubung camtu pun dia boleh cam aku. Girlfriends aku mai sessi melawat petang. Petang tu jugak aku discharged dan ikut OpahNgah aku lepak balik rumah dia. Pihak sekolah bagi pelepasan bermalam kat rumah OpahNgah. Pagi Isnin, time orang lain sibuk p kelas, aku melenggang masuk dgn casual wear aku ke hostel haha...

Aku makan telur tu tengahari hari jumaat, start sakit and masuk wad malam sabtu, discharged petang sabtu, lepak rumah OpahNgah ahad, isnin balik hostel, satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Bukan kerana tragicnye kejadian tu, kerana lawak2 yg berlaku subsequent kejadian telur busuk... :D..But seriously dont ever do that in your life, jangan main2 dgn makanan lama. Immune aku maybe tinggi (kekadang aku rasa perut aku ni dah pasrah, tuan perut dok melantak semua yg halal tolak kayu batu je). Pada sesetengah orang perut mereka cukup sensitif and may end up different from my case. Nauzubillah..

No comments:

Post a Comment